LANGKAWI: Sebanyak 118 bilik daripada 20 hotel di sekitar Pulau Langkawi dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai untuk proses kuarantin dan pengasingan bagi mana-mana pelancong antarabangsa yang disahkan positif pada kategori 1 dan 2.
Ia bagi tempoh sepanjang pembukaan pulau peranginan itu sebagai destinasi rintis gelembung pelancongan antarabangsa yang bermula hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Nasaruddin Abdul Muttalib menyatakan kesemua bilik hotel terbabit telah menepati garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah seperti sistem penghawa dingin yang berasingan dan tidak berkongsi dengan bilik-bilik lain.
"Sekiranya berlaku kes positif COVID-19 dalam kalangan pelancong (antarabangsa), kali ini kita tidak sediakan PKRC swasta di hotel tertentu tetapi kita telah menggariskan ciri-ciri bilik hotel yang sesuai (yang mana) boleh dijadikan pusat pengasingan atau kuarantin untuk pelancong yang didapati positif COVID-19.
"Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan JKN Kedah, 118 buah bilik daripada 20 buah hotel dikenal pasti layak untuk dijadikan bilik kuarantin sekiranya ada pelancong positif pada kategori 1 dan 2,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi sidang media khas sempena projek gelembung pelancongan antarabangsa di Kompleks Lada, Kuah pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, sebanyak dua buah makmal swasta disediakan di Langkawi bagi melakukan saringan COVID-19 kepada pelancong asing yang akan memasuki pulau peranginan itu sempena gelembung pelancongan antarabangsa bermula hari ini.
Makmal berkenaan akan berfungsi sebagai lokasi bagi pelancong asing untuk melakukan ujian Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) apabila tiba di Langkawi dengan penerbangan terus dan sebelum pulang ke negara asal masing-masing.
Sementara itu Pulau Langkawi dijangkakan tidak akan menerima penerbangan terus dari mana-mana negara dalam tempoh dua minggu meskipun gelembung pelancongan antarabangsa yang dilaksanakan di pulau peranginan itu telah bermula hari ini.
Menurut Nasaruddin, kesemua pelancong yang memasuki Langkawi sepanjang tempoh itu hanya akan menggunakan penerbangan transit menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Setibanya pelancong daripada KLIA, saringan akan dibuat KLIA terlebih dahulu sebelum pelancong ini meneruskan penerbangan mereka ke Langkawi.
"(Berdasarkan SOP gelembung pelancongan antarabangsa) tempoh menginap minima di Langkawi adalah selama 3 hari dan untuk mereka menyambung ke destinasi lain di Malaysia, tempoh berada di Langkawi adalah selama 7 hari, selepas pelancong berada 7 hari di Langkawi mereka dibenarkan untuk menyambung percutian ke destinasi lain di seluruh Malaysia,” katanya lagi.
Beliau turut memaklumkan bahawa perbincangan lanjut berhubung penerbangan terus akan dilakukan bersama syarikat penerbangan Qatar Airways dan AirAsia dalam tempoh terdekat.
Terdahulu, pihak Lada menjangkakan 5,000 pelancong antarabangsa akan ke Pulau Langkawi pada bulan Disember susulan pembukaan pulau peranginan itu sebagai destinasi bagi projek gelembung pelancongan antarabangsa yang bermula hari ini.
22 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi akan dimulakan pada 15 November dengan pematuhan beberapa prosedur operasi standard (SOP).
Kumpulan sasaran bagi gelembung pelancongan itu ialah pelancong berkualiti dan individu yang telah lengkap vaksinasi COVID-19.
Abd Hadi Che Awang
Mon Nov 15 2021
Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan JKN Kedah, 118 buah bilik daripada 20 buah hotel dikenal pasti layak untuk dijadikan bilik kuarantin sekiranya ada pelancong positif pada kategori 1 dan 2. - Gambar fail
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Kerajaan teruskan inisiatif LITB sehingga sempadan dibuka sepenuhnya - PM
Sehingga kini, tiada kluster berpunca dari LITB, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Buka sempadan: Melancong tanpa gelembung pelancongan perlu penelitian - Nancy
Penelitian dan persiapan termasuk mengadakan perbincangan bersama kementerian pelancongan negara lain sedang giat dilaksanakan.
118 bilik dikenal pasti sesuai sebagai lokasi kuarantin pelancong antarabangsa di Langkawi
Sebanyak 118 bilik daripada 20 hotel di sekitar Pulau Langkawi dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai untuk proses kuarantin dan pengasingan pelancong asing antarabangsa.
Gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi jadi penanda aras buka sempadan
"Tidak mahu jadi seperti negara lain... selepas buka terpaksa tutup semula."
MOTAC cadang buka Langkawi kepada pelancong luar
Dari 16 Sept hingga 12 Okt, seramai 85,921 pengunjung telah tiba di Langkawi melalui pintu masuk udara dan pintu masuk laut.
Rentas negeri: Tiada lagi keperluan gelembung pelancongan - Hishammuddin
Tiada lagi keperluan untuk mewujudkan gelembung pelancongan di Langkawi selepas kerajaan membenarkan rentas negeri di seluruh negara.
Gelembung pelancongan Langkawi jana RM24.9 juta
Projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi yang dilancarkan pada 16 Sept lepas memberi sinar baharu kepada industri pelancongan di pulau pelancongan itu.
Pelancongan di Pulau Pangkor diteruskan ikut SOP jika rentas negeri dibenarkan
Antara SOP sedia ada ialah pelancong yang lengkap divaksinasi dibenarkan melakukan aktiviti pelancongan.
Penularan COVID-19 di hotel terkemuka tidak jejaskan pelancongan Langkawi - Sanusi
Penularan COVID-19 di sebuah hotel terkemuka di Langkawi tidak menjejaskan aktiviti gelembung pelancongan di Pulau Langkawi.
Gelembung pelancongan Langkawi: 38,748 ketibaan pelancong direkodkan - Nancy
Projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah, mencapai kejayaan membanggakan selepas merekodkan ketibaan 38,748 pelancong dan menjana pendapatan lebih RM15 juta sejak dibuka pada 16 Se